Home Berita PAS Perak

Hidupkan Cawangan Aktifkan Jentera Untuk Kemenangan

595
SHARE

Hidupkan Cawangan Aktifkan Jentera Untuk Kemenangan


PARIT BUNTAR : Program Cakna Rakyat anjuran PAS Parit Buntar terus mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penduduk setempat.

Terbaru, program berkenaan diadakan di Dataran Surau Al-Moqni, Parit Tanjung Piandang, Perak.

Pengarah Program, Syaiful Amir berkata, Cakna Rakyat merupakan aktiviti berkala PAS Parit Buntar yang diadakan saban tahun sebagai satu wadah untuk mengeratkan ukhuwah antara pempinan PAS kawasan dengan masyarakat.

“Ini antara usaha kita dengan turun ke lapangan bagi melihat sendiri keadaan masyarakat dan menyelami isi hati mereka serta mengeratkan lagi hubungan PAS dengan penduduk setempat yang sedia terjalin.” ujarnya yang juga merangkap Ketua Pemuda PAS Parit Buntar.

“Pelbagai aktiviti menarik yang dihidangkan kepada penduduk setempat dan sekitar antaranya pertandingan memancing, raut lidi, mewarna bagi kanak-kanak, bowling nyok dan memasak wadai kepeng yang merupakan makanan tradisi kaum Banjar yang membabitkan golongan wanita.

Kenduri Rakyat dan Rawatan Alternatif Darul Syifa’ turut disediakan.” ujarnya .

Selain bertujuan memperkenalkan PAS kepada masyarakat, program tersebut juga salah satu mekanisma untuk mengaktifkan kembali cawangan-cawangan yang ada agar terus mengekalkan momentum menjelangnya PRU 14 yang semakin hampir.

Menurutnya, kejayaan program itu adalah hasil kerjasama yang utuh antara Pemuda dan Muslimat PAS Parit Buntar, PAS Cawangan Parit Tanjung Piandang dan masyarakat setempat.

Program diakhiri dengan acara cabutan bertuah dan penyampaian sumbangan beras kepada penduduk oleh YDP PAS Parit Buntar, Abdul Baharin Mat Desa bersama ADUN Titi Serong, Ust. Abu Bakar Hussin.

 

{jathumbnail off}