Home Berita PAS Terengganu

Hidup bersyariat untuk setiap golongan

14
SHARE

DUNGUN – Kerajaan Negeri Terengganu inginkan kuasa adalah untuk menghidupkan syariat Islam kepada semua golongan rakyat dan mengajak mereka bersama berganding bahu merealisasikannya.

Oleh itu, kata Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, Zuraida Md Noor, banyak program diadakan, kerajaan bukan sahaja hendak menghidupkan syariat kepada pengunjung tetapi juga peniaga-peniaga.

“Kerajaan Terengganu cukup menitik beratkan bidup bersyariat, bermula bangun tidur sampai tidur balik, supaya hidup kita terurus ada hukum hakam, ada dosa pahala dan ada balasan syurga, neraka, kita nak rakyat kita tahu dosa dan pahala.

” Jadi rakyat perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk amal makruf nahi mungkar, berganding bahu untuk merealisasikan hasrat Terengganu, Maju, Berkat, Sejahtera, maju dengan prinsip Islam,” jelasnya.


Beliau berkata demikian di Himpunan Wanita(HAWA 2.0) DUN Rantau Abang di Dewan Darul Ansor di Kampung Alor Mak Bah di sini pada 2 Mac.

Program santai untuk muslimat itu telah disertai lebih 100 orang wanita dari seluruh DUN Rantau Abang.

Pelbagai acara sukaneka diadakan untuk mereka dan kanak-kanak antaranya deko kek, ‘master chef’, menyusun ‘puzzle dan mewarna.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhamad yang kebetulan berada di Dungun dan juga isteri Ahli Parlimen Dungun, Siti Zaleha Muhamad.

Mereka berdua turut menyertai acaramenyediakan sandwich dalam program ‘Master Chef’.

Sementara itu, Pengarah Program, Serena Lim Abdullah melahirkan kesyukuran setelah kali pertama diadakan HAWA 1.0 pada 2018, tahun 2024 barulah dapat diadakan HAWA 2.0.

“Hasil kerjasama dan gotong royong daripada urusetia Muslimat dan Ameerah DUN menyaksikan penyertaan yang cukup menggalakkan.

” Keceraian dan kegembiraan terserlah di raut wajah setiap yang hadir, mungkin acara-acara yang dipertandingkan amat sesuai dengan jiwa mereka dan kanak-kanak, disamping hadiah cabutan bertuah dan hadiah kemenangan yang banyak disediakan, ” katanya lagi.

Dalam majlis tersebut juga peserta kelainan upaya, tidak dapat melihat, Sharif ah Shafiza Syed Salleh, 44 yang turut menyertai dekor kek telah menerima Anugerah Khas diatas kesungguhannya menyertai acara tersebut.