Home Berita PAS Sabah

Serahan Kek Sempena Hari Bomba 2019

1787
SHARE

Oleh : AISYAH RAMADHA ISMAIL

8 Mei 2019

PUTATAN : Sempena Hari Bomba Sedunia 4 Mei 2019, PAS Putatan mengadakan lawatan mahabbah ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah Kawasan Putatan di Sembulan.

Turut hadir, Yang Dipertua, Akmal Othman dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Putatan memberi penghargaan dan penyerahan kek kepada pasukan Bomba.

Penyelia Petugas Bomba dan Penyelamat Kawasan Putatan, Tuan Asni Madusin melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada PAS Kawasan Putatan. Antara isi ucapan ringkasnya, beliau sangat menghargai kehadiran delegasi PAS yang saban tahun gigih meraikan Hari Bomba.

Yang Dipertua PAS, Akmal Othman memuji sikap dedikasi dan pengorbanan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menepati motto mereka “Siap Sedia Setiap Masa”. Beliau mengambil kesempatan bertanya perkembangan Jabatan Bomba Penyelamat, terutamanya di Balai Bomba Sembulan serta perkembangan kes Allahyarham Adib, ahli bomba yang meninggal sewaktu menjalankan tugas.

PAS Putatan sangat komited menyantuni para wira negara seperti ahli bomba, kerana dengan jasa mereka Malaysia sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.