ANDANSURA RABU
Kita sambut baik dan syabas kpd SPRM yang telah bertindak mengheret mereka yang terlibat dlm salah guna kuasa berkaitan perlombongan bauksit.
Namun kita juga masih menanti apakan “towkey-towkey” besar bauksit juga bakal diheret?
Mereka ini adalah punca kepada gangguan yang dialami oleh rakyat termasuk pencemaran alam sekitar. Mereka adalah golongan yang mempunyai wang untuk menutup segala aktiviti haram. Mereka juga adalah golongan yang rakus serta tamak tanpa menghiraukan kerosakan yang dibuat.
Oleh itu saya harap pihak SPRM, jika telah mempunyai maklumat berkenaan towkey-towkey berkenaan, seharusnyalah mereka juga perlu didakwa dengan kadar segera.
Penulis ialah
Adun Beserah
TPJ PAS Pahang