Home Berita PAS Perlis

Hentikan Politik Gula-gula Demi Kepentingan Rakyat

Pada 1 April yang lepas Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Zahid Bin Hamidi di dalam lawatan kerjanya ke Negeri Perlis mengulas isu pembukaan semula Zon Aliran Bebas (Free Flow) di pintu sempadan Malaysia-Thailand dekat Wang Kelian.

3030
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS
HENTIKAN POLITIK GULA-GULA DEMI KEPENTINGAN RAKYAT

1. Pada 1 April yang lepas Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Zahid Bin Hamidi di dalam lawatan kerjanya ke Negeri Perlis mengulas isu pembukaan semula Zon Aliran Bebas (Free Flow) di pintu sempadan Malaysia-Thailand dekat Wang Kelian.

2. Rakyat negeri Perlis sudah pastilah berasa amat gembira sekiranya kerajaan sedia mendengar titah DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, namun apa yang menghairankan adalah di mana rasionalnya kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri “perlunya BN menang besar di Perlis dalam PRU 14 barulah Zon Aliran Bebas Wang Kelian dapat dibuka semula.”

3. Kenyataan tersebut jelas memperlihatkan bahawa BN cuba mempolitikkan isu ini sedangkan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana pihak yang menerajui kerajaan negeri nanti, untuk meneliti dan melaksanakan perkara ini demi kepentingan negeri dan rakyat negeri Perlis.

4. Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis menggesa supaya politik gula-gula menjelang pilihan raya ini dihentikan segera kerana ianya cuma memperlihatkan sikap terdesak BN untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang. BN sepatutnya memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan janji-janji mereka kepada rakyat yang masih tertunggak seperti pembinaan Hospital Padang Besar serta Sekolah Sukan Bukit Chabang yang masih gagal ditunaikan.

5. DPPNPs amat yakin, rakyat terutama anak muda bijak menilai pihak manakah yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat dan tidak tertipu dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh BN.

Yang Bertanggungjawab,

HAZIQ ASYRAF BIN DUN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
5 APRIL 2018M / 18 REJAB 1439H