Home Berita PAS Terengganu

Hendak bertani mesti ada ilmu

9
SHARE

Oleh: Liya Zaliya

KUALA TERENGGANU – Setiap bidang yang diceburi mestilah dimulai dengan ilmu begitu juga jika hendak bertani, perlu tahu teknik dan caranya.

Ketua Lajnah Pertanian, Keterjaminan Makanan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim(LPK MASPI), Muslimat PAS Negeri Terengganu, Rohani Ramli berkata sempena ‘retreat’ LPK MASPI, Muslimat PAS Malaysia yang diadakan di sini,

Katanya, rombongan mereka telah dibawa melawat Pusat Informasi Pertanian Bandar, Batu Buruk untuk belajar pelbagai kaedah pertanian bandar.

“Kehadiran 12 orang ahli jawatankuasa LPK MASPI Muslimat PAS Malaysia yang terdiri dari wakil Pahang ,Pulau Pinang dan Terengganu bersama Pengerusinya, YB Zuraida Md Noor,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini semalam mengulas Program yang diadakan pada 1 Mac lalu.

Menurutnya, mereka mendapat penerangan kaedah untuk mengatasi kekurangan tanah pertanian untuk mengusahakan pertanian tepi dapur bagi menampung kos sara hidup masa kini.

” Banyak sebenarnya ilmu yang kita perlu tahu hendak bertani walaupun orang kata ‘bira’ dapur antaranya mengetahui cara mengatasi masalah apabila pokok diserang makhluk perosak yang menjejaskan hasil pertanian,

“jadi dengan lawatan ini, dapatlah kita gunakan teknik dan ilmu-ilmu untuk menghasilkan tanaman yang bermutu ,” terangnya.

Dalam lawatan tersebut diadakan Demonstrasi Pertanian Tepi Rumah (sayuran berdaun) dan memperkenalkan konsep Laman Suri.