Home Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Pusat

Hayati Agenda Sebenar Penyatuan UMMAH

949
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

11 Muharram 1441 | 11 September 2019

HAYATI AGENDA SEBENAR PENYATUAN UMMAH

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru rakyat Malaysia khususnya para pendukung PAS dan UMNO untuk menghayati agenda sebenar penyatuan ummah.

PAS meletakkan asas yang kukuh bersumberkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan tolong menolonglah kamu atas kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong menolong atas dosa dan permusuhan”.

PAS dan UMNO besetuju untuk saling bekerjasama ke arah membina negara yang lebih baik berasaskan kerukunan yang telah disepakati.

Agenda penyatuan ummah perlu digarap sebelum usaha pembinaan semula negara dilakukan.

Dalam hal ini, PAS berusaha mencari titik persefahaman dan bertolak ansur atas perkara-perkara yang diharuskan. Jika tidak, kesatuan umat Islam akan lemah dan mudah diganyang oleh musuh.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantah, kelak kamu akan hilang kekuatan, dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar”.

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH

Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat

Ahli Parlimen Malaysia
Pasir Puteh