Home Berita PAS Terengganu

‘Harimau Menangis’ kini gembira kembali

233
SHARE

KEMAMAN, 6 Julai – Bukit ikonik Terengganu iaitu Bukit Harimau Menangis kembali ‘bernyawa’ selepas dibuka kembali dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah berkuat kuasa di negeri berkenaan.

Dengan berketinggian 666 kaki dari paras laut dan terletak di Kemasik, Kemaman, lokasi tersebut menjadi salah satu tempat menarik pelancong.

Itu adalah berita gembira buat pendaki-pendaki bukit yang gemar dengan aktiviti atau sukan lasak ini, setelah berbulan lamanya terpaksa ditutup oleh kerana Perintah Kawalan Pergerarakan (PKP) berlanjutan bagi mengawal penuluran wabak Covid-19.

Antara syarat pematuhan yang ditetapkan adalah penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka dalam lingkungan 10KM dari kediaman bermula jam 6.00 pagi – 8.00 malam.

“Sudah pastinya ini satu berita gembira buat para pendaki dengan kelonggaran yang telah diberikan, diharapkan semua pengunjung yang hadir ke sini pastikan mematuhi SOP sebaik mungkin bagi kebaikan kita bersama”. – Pengerusi BHM, Luqman Hakim.

“Bukit ini antara 8 buah bukit di Negeri Terengganu yang menjadi tumpuan utama buat para pendaki setelah ianya dirasmikan oleh ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.”