Home Artikel PAS Terengganu

Harian PAS Kemaman Tinjau Pembinaan Bangunan SRIDAR

171 views
SHARE

Kerteh, Isnin 12 Feb 18- AJK Dewan Harian PAS Kemaman hari ini membuat lawatan rasmi ke premis sementara Sekolah Rendah Islam Dar ArRahman (SRIDAR) di Kerteh yang menempatkan 16 orang pelajar sulung madrasah tersebut.

Sesi perbincangan dan bertukar fikiran dibuat di antara pengurusan SRIDAR dan AJK Dewan Harian bagi menambahbaik sistem pengurusan dan mengambil pengalaman DarulTaqwa di Chukai, Kemaman yang sudah lama beroperasi.

Rombongan kemudiannya dibawa ke tapak premis kekal tidak jauh dari situ yang sedang dalam pembinaan yang menempatkan 3 tingkat bangunan dengan 20 kelas.

Rombongan PAS Kemaman diketuai Ustaz Alias Hamid selaku YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Nasri selaku TYDP yang juga Pengerusi ALP Darultaqwa Kemaman, Hj Johan selaku Bendahari, Md Hafiz Adam, Setiausaha PAS Kemaman dan saudara Wan Razali.

Pihak SRIDAR pula diketuai oleh saudara Amri Mamat selaku Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Mahadi, Pengerusi SRIDAR, Ustaz Asri Kadir, Mudir SRIDAR dan AJK lain.