Home Berita PAS Selangor

Hari Terakhir sumbangan makanan ke CAC Pelabuhan Klang – PAS Kawasan Kota Raja

106
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KLANG, 28 September – Semalam 27 September 2021 merupakan hari terakhir buat Pusat Khidmat PAS Kawasan Kota Raja menyampaikan sumbangan makanan tengahari kepada Frontliner Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pusat Penilaian Covid-19 @ CAC Pelabuhan Klang.

Pihak Pusat Khidmat PAS Kawasan Kota Raja (PKPKR) merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua PAS Cawangan serta individu-individu yang telah menjadi nadi utama kepada PKPKR untuk membiayai kos makanan yang telah dihantar dengan sumbangan kewangan yang telah diberikan selama ini.

Menurut pihak PKPKR, jumlah sumbangan yang disediakan untuk makanan tengahari sahaja selama 20 hari ini berjumlah RM10,000.00 tidak termasuk air mineral yang memakan kos sebanyak RM3,000.00 serta roti gardenier yang bernilai RM1,000.00.

Sumbangan ikhlas ini merupakan tanda ingatan dan penghargaan setiap Ahli PAS Kawasan Kota Raja yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan, Tuan Haji Mohamed Diah Baharun kepada semua para frontliner khususnya dari KKM yang bertungkus lumus menyumbang tenaga bakti untuk memerangi Covid-19 yang telah masuk tahun kedua ini.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Komandan CAC Pelabuhan Klang, Doktor Salbiah serta team media Pusat Khidmat PAS, Saudara Azman Mah Husin dan team Koodinator, Puan Emy serta Ketua Penerangan, Saudara Mohd Najib Arshad yang telah memberikan liputan media.

“Tidak lupa juga penghargaan kepada Ustaz Mohd Yusof Abdullah daripada KRCAMALSELANGOR, Haji Badrolzaman katering yang menguruskan makanan serta semua penderma budiman”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor