Home Berita PAS Selangor

Hari Malaysia disambut bersama penduduk – PAS Kawasan Hulu Selangor

6
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

BUKIT BERUNTUNG, 17 September – Sambutan Hari Malaysia disambut oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Tuan Hj Hasnizan Harun bersama Pengerusi KRT Taman Bakawali Isola dan Camilla, semalam dengan menyalurkan bantuan bakul makanan.

Difahamkan seramai 10 penerima di Taman Bakawali Isola, manakala di Taman Bakawali Camilla pula seramai 10 penerima.

Alhamdulillah, pengerusi KRT, Ketua Cawangan dan Muslimat yang sentiasa bersama YDP pada hari Malaysia ini bagi menyantuni penduduk dengan menyalurkan bantuan prihatin.

Para penerima berasa gembira, sangat terharu dan terima kasih kepada YDP PAS dan para petugas PAS Hulu Selangor atas bantuan yang disalurkan.

Berasa amat bersyukur kepada para penyumbang yang selalu cakna dengan masyarakat sekeliling dan salurkan bantuan kepada mereka.

May be an image of 2 people and people standingDi hari Malaysia yang mulia ini, kita dituntut untuk mengutamakan agenda kebajikan rakyat agar menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat setempat.

May be an image of 1 person

Sekalung penghargaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para petugas PAS Hulu Selangor kerana menjayakan program kebajikan ini. Semoga Allah SWT membalas dengan ganjaran di akhirat kelak, Amin.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor