Home Rencana PAS Selangor

Hari literasi antarabangsa – Pengerusi SRITI Kuala Selangor

152
SHARE

May be an image of 1 person and text“SRITI Cemerlang” | Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor

Oleh : Ustaz Abdul Kadir Umar
Pengerusi SRITI Kuala Selangor

8 September setiap tahun disambut sebagai Hari Literasi Antarabangsa oleh UNESCO mulai 1966 untuk mengingatkan komuniti antarabangsa tentang kepentingan literasi untuk individu, komuniti, dan masyarakat.

Di Malaysia pula meskipun telah lebih 60 tahun Merdeka, kita masih dibelenggu dengan kefahaman penjajah bahawa buta huruf adalah kegagalan membaca rumi dan bahasa Inggeris sehingga mengenepikan Jawi sebagai teras ilmu sejak turun temurun. Hasilnya, tulisan Jawi yang menjadi “pintu” kepada kemahiran Al Quran dan menjadi identiti Melayu kini kian gagal dikuasai generasi baharu.

Sempena Hari Literasi Antarabangsa yang disambutkan pada 8 September setiap tahun, ayuhlah kita kembali menguasai tulisan Jawi dan menguasai tulisan rumi juga yang menjadi asas ilmu masa kini.

8 September 2021 | 30 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor