Home Berita PAS Sabah

Hari Kemerdekaan ke-63 disambut meriah dalam norma baharu

1456
SHARE

Oleh: Nurul Syakinah Syaning

29 OGOS 2020

LAHAD DATU : Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63 disambut meriah dalam keadaan norma baharu, semalam.

Sambutan ini diadakan secara serentak di PASTI Al-Hidayah, Al-Falah, Al-Fateh, An-Najah dan Al-Haqq yang melibatkan guru, pelajar serta beberapa orang ibubapa pelajar.

Hari Kebangsaan yang disambut dalam keadaan mematuhi SOP itu tidak mengurangi kemeriahan sambutan malah ianya memberi satu pengalaman baharu kepada pelajar-pelajar dan guru PASTI.

Sambutan tahun ini agak berbeza dimana aktiviti yang diadakan bersifat dalaman seperti pertunjukan fesyen, pertandingan puisi kemerdekaan, pertandingan mewarna Jalur Gemilang dan banyak lagi.

Tujuan sambutan diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotik dan semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar serta guru PASTI itu sendiri.

“Sambutan kali ini agak mencabar sedikit kerana guru-guru perlu sentiasa memantau jarak fizikal dan memastikan pelajar mengikuti SOP. Meskipun begitu, sambutan berjalan lancar dan meriah”, kata Murni Maming, guru PASTI.

Menariknya, semua murid diberi hadiah sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kesungguhan mengikuti acara yang diadakan.