KUALA TERENGGANU -Hari Hijab Terengganu antara salah satu acara bagi menyedarkan wali tentang kepentingan menutup aurat dengan sempurna dan suatu tanggungjawab yang mesti diambil serius.
Pengarah program, Wan Nur Sakinah Din berkata, kesedaran ini membawa manfaat kepada kesucian dan kehormatan ahli keluarga masing-masing.
“Menyedarkan wali untuk lebih cakna tentang kewajiban ahli keluarga menutup aurat dengan sempurna,” jelasnya.
Beliau yang juga Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) berkata demikian ketika ditemui di Pejabatnya, pada semalam.
Katanya, program ini dirangka dengan tujuan menggalakkan masyarakat, terutamanya golongan wanita Islam, untuk menutup aurat dengan lebih sempurna mengikut syariat Islam.
Justeru itu, beliau berharap, program tersebut menjadi pemangkin untuk pematuhan yang lebih baik terhadap ajaran Islam dalam aspek menutup aurat.
Selain itu katanya, Terengganu Hijab Day menyatakan sokongan terhadap kempen World Hijab Day dan menyedarkan masyarakat mengenai kempen tersebut.
“Menggalakkan generasi muda untuk menjalankan aktiviti dakwah jalanan kepada masyarakat umum,” tambah beliau.