Home Artikel PAS Sabah

Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Papar 2018

105 views
SHARE

18 November bertempat di Padang Institut Kemahiran Belia Negara (Kinarut),
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Papar telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran pelajar PASTI seramai 120 orang yang terdiri daripada pelajar 4, 5 dan 6 tahun beserta kehadiran ibubapa yang memberi sokongan untuk anak-anak mereka.

Majlis Anugerah Kecemerlangan kali pertama untuk peringkat PASTI kawasan Papar ini telah dirasmikan oleh Haji Abd Salim Bin Karim selaku yang dipertua PAS kawasan Papar, turut hadir pengerusi PASTI kawasan Papar Ustadz Mat Razali Bin Mat Lazin dan pengarah program majlis anugerah kecemerlangan iaitu Hendri Bin Hamsah.

Pelbagai kategori yang di anugerahkan untuk pelajar-pelajar PASTI seperti anugerah pelajar cemerlang kedudukan dalam kelas,anugerah hafazan terbaik, anugerah tamat pembelajaran pelajar 6 tahun 2018,anugerah pelajar terbaik dan anugerah tokoh Saidina Ali. Anugerah Tokoh Saidina Ali telah disandang oleh Nur Fathiah Khalisyah Binti Mohd Khusyairi pelajar 5 tahun dari PASTI An-nawawi serta Muhd Affan Naufal Bin Roslin pelajar 6 tahun dari PASTI Ar-rayyan.

Dalam ucapan perasmi beliau menitik berat pendidikan yang secukupnya dan sewajarnya untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajar PASTI. Menurut beliau lagi, gabungan satu pengurusan yang baik ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa dan berkebolehan.

Selain penyampaian hadiah dan sijil kecemerlangan, acara persembahan juga diadakan. PASTI Al-Aqsa dan Al-Furqon membuat persembahan pembukaan pada majlis tersebut. Acara cabutan bertuah juga di pertandingkan untuk ibubapa yang hadir pada hari tersebut. Pada hari tersebut pelbagai jualan dan gerai yang beroperasi di kendalikan oleh pihak pengurusan PASTI dan muslimat PAS Papar. Majlis diakhiri dengan persembahan koir oleh PASTI Al-Furqan dan sesi fotografi.