Home Artikel PAS Perak

Hargai Rakyat Bertemu Rakyat

2,476 views
SHARE

Hargai Rakyat Bertemu Rakyat


BAGAN SERAI : Kepercayaan rakyat memberikan mandat kepada PAS di Dun Gunong Semanggol dan Dun Selinsing menjadi kayu ukur bahawa PAS masih mampu menjaga kebajikan rakyat.

Atas kepercayaan tersebut , PAS Bagan Serai meneruskan program santuni rakyat pengundi setempat dalam mengedar kurma dan takwim ramadhan di Pekan Selasa yang berada di bawah N11 GUNUNG SEMANGGOL.

Kunjungan tersebut turut disertai bersama YDP PAS Kawasan Bagan Serai; YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan , Pesuruhjaya PAS Perak; Razman Zakaria, Adun Selinsing; YB Husin Din dan beberapa orang AJK DPPK dan DMPK.

Selepas edaran di Pekan Selasa mereka terus bergerak ke Kampung Selamat, Bukit Merah, antara tempat yang sempat dikunjungi seperti sekolah, guru-guru serta masyarakat tempatan.

Kedatangan mereka diterima dengan baik disamping dapat berkongsi pandangan antara satu sama lain.

Lokasi terakhir dalam siri jelajah itu di Kampung Tebuk Rimba.

{jathumbnail off}