Hargai Jasa Pendidik Ummah Gemilang
LUMUT : PAS Kawasan Lumut telah menjelajah ke sekolah-sekolah sekitar daerah Manjung terdiri daripada 14 buah sekolah yang terlibat untuk memberi penghormatan sempena Hari Guru.
Sambutan warga pendidik begitu baik apabila menerima kehadiran kunjuangan pimpinan PAS Kawasan Lumut ke sekolah mereka bahkan turut memberikan layanan mesra disamping mengeratkan silaturrahim bersama.
Antara yang terlibat dalam siri jelajah tersebut , AJK PAS Kawasan Lumut, Saudara Zamri Ibrahim, , Pegawai Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang; Hamidun Ahmad, Puan Rohawati Abidin; Ketua Muslimat PAS Lumut, Ketua Pemuda PAS Lumut, Saudara Aminudin Ahmad serta beberapa orang pimpinan kawasan yang lain.
Pendekatan dan usaha PAS itu mampu membuka mata masyarakat di Malaysia khususnya sekitar Seri Manjung terus menerima baik matlamat PAS dalam memperjuangkan syariat Allah.
{jathumbnail off}