Home Berita PAS Wilayah

Hargai Jasa dan Pengorbanan Guru

970
SHARE

Tema Hari Guru tahun ini iaitu Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu menyentuh peranan guru dalam memperkasakan keilmuan bagi membangunkan generasi yang berkualiti baik dari segi keilmuan mahupun budipekerti.

Dalam mendepani generasi muda masa kini yang lahir dalam arus teknologi, pendekatan dan peranan yang dimainkan oleh para guru juga kian berbeza dan mencabar.

Para guru harus lebih kreatif dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan ia memberi kesan yang diharapkan kepada pelajar.

Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei ini, Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik anak bangsa.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan pada seluruh warga pendidik Malaysia atas kesabaran dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang kalian bergelar guru.

Semoga segalanya dinilai sebagai amal yang baik di sisi Allah SWT. Amin.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN