Home Berita PAS Selangor

Harapan merdeka: Rakyat Malaysia hidup sebagai satu keluarga – DPPK Selayang

174
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SELAYANG, 3 September – Sempena Hari Kebangsaan 2021, Pemuda PAS Selayang bersama YDP PAS Kawasan Selayang, Zaidy Abdul Talib mengadakan rondaan dan larian merdeka tempoh hari. “Ada diantara mereka yang jogging bersama dan ada juga yang berbasikal bersama”, jelas pemuda PAS Selayang.

“Saya tak harap, cuma harap merdeka kalini kita rakyat Malaysia dapat hidup sebagai satu keluarga”, kata YDP PAS Kawasan Selayang.

Sempat juga mereka menyantuni beberapa penduduk Selayang dan bertanya khabar. Ada juga yang mereka tanya tentang pendapat mengenai sambutan kemerdekaan kali ini. Menurut pemuda PAS Selayang, majoriti respon adalah mereka inginkan kemerdekaan kali ini untuk kehidupan sesama rakyat Malaysia tiada lagi persengketaan.

“Tak penatkah kita masih bergaduh sesama kita, tak sedihkah kita masih lagi menjatuhkan sesama kita”. “Jom rakyat Malaysia, kita hidup sebagai satu keluarga”. “Perbezaan agama bangsa dan fahaman politik tidak bermaksud kita perlu bertengkar sesama kita”. “Kita sayang semua”.

Malaysia Prihatin !

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor