Home Berita PAS Terengganu

HARAM | Gurauan Najib Bawa Padah

732
SHARE

‘HARAM’ satu patah perkataan sahaja dari akaun Facebook bekas Perdana Menteri pada 30 April 2021 jam dicatat 19:07, telah mengundang masalah besar hari ini terutama selepas berlaku rentas negeri untuk sambut hari raya bersama keluarga di kampung.

Kita tidak pasti niat sebenar Najib Razak , tapi kesannya cukup besar kepada penyokongnya untuk turut bersama-sama mempersendakan arahan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah seperti siaran di dada-dada akhbar tempatan yang mengatakan rentas negeri sambut Aidilfitri hukumnya haram dua minggu sebelum umat Islam menyambut hari raya.

Dengan bersandarkan hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun keputusan ini dibuat.

Memetik kata Mufti, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

Tapi Najib tanpa menilai dirinya sebagai bekas pemimpin negara, ciapannya terus mencetuskan polimik dan disambut netizen di media sosial negara memperlekehkan, mengeji dan perbagai kata nista terhadap Mufti Wilayah.

Apabila orang ramai melihat, orang seperti Najib pun persenda, pertikai apa yang dikeluarkan oleh Mufti, arahan Mufti seperti tidak diendahkan oleh mereka yang terpengaruh dengan tindakan Najib itu. Mereka hilang kesedaran untuk tidak rentas negeri .

Kesannya sangat besar dan ganas. Selepas dua minggu umat Islam menyambut raya angka kluster rentas negeri terus mencanak naik sehingga mencecah angka 8 ribu orang, dan berlaku kenaikan mendadak angka korban Covid.

Seratus peratus bukanlah terletak kepada Najib menjadi punca ini, tatapi pengaruh yang beliau miliki telah menjadi penyebab akan kesannya apa yang berlaku hari ini.

Sepatah perkataan dari beliau tidak sama dengan ribuan patah perkataan atau ratusan lebaran kertas rakyat biasa. Beliau sepatutnya menyokong dan menasihati rakyat bukan sebagai pencetus kepada pertikaian terhadap keputusan Mufti.

Cukuplah beliau hanya menyerang Perdana Menteri siang dan malam, beliau boleh menyerang kabinet kerajaan Perikatan Nasional tetapi beliau silap BESAR bila mempermainkan keputusan Mufti Wilayah walaupun dengan sebaris ayat dan kesannya deritanya ditanggung oleh seluruh rakyat ketika ini.

Sekian.
Catatan Hujung Minggu.
Naraza Haji Muda.
29 Mei 2021 | 10:45 pagi.