Home Berita PAS Terengganu

Hanafiah lawan Rahim curi tumpuan di Chukai

22
SHARE

KEMAMAN – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Parti Islam Se-malaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) 12 Ogos ini.

Penyandang DUN Chukai, Hanafiah Mat berkata pada pukul 10 tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pencalonan parti PAS.

“Setelah diundi, saya yang mewakili parti PAS menduduki tempat kedua dalam kertas undian pada hari pilihan raya nanti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Penamaan Calon DUN Chukai bertempat di Dewan Dato’ Sri Amar di sini hari ini.

Tambah Hanafiah, bagi pihak dirinya, keluarga dan rakan-rakan mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Beliau memberi amanah kepada saya untuk bertanding bagi mengekalkan kemenangan di DUN ini.

“Insya-Allah dengan sokongan daripada semua marilah sama-sama kita mulakan gerak kerja berkempen pada hari ini sehingga 12 haribulan.

“Saya yakin di N31 DUN Chukai ini, kita dapat lagi mengulangi kemenangan PAS di sini,” ujarnya.

Berdasarkan rekod, Hanafiah Mat memenangi DUN Chukai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menewaskan calon BN ketika itu, Dato’ Mohamad Awang Tera dengan majoriti 4,881 dalam pertembungan tiga pejuru.