Home Berita PAS Terengganu

Halal haram umat islam di tangan DAP?

18
SHARE

Khamis lalu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilapor mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

2. Namun dengan tidak semena-mena, cadangan ini ibarat ‘hantu’ bagi DAP yang sememangnya mempunyai banyak sejarah ‘gelap’ berkaitan Islam.

3. Dulu, Ahli Parlimen Beruas DAP, Ngeh Koo Ham mahu kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

4. Kini, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok membantah cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal.

5. Tindak tanduk DAP ini menimbulkan persoalan, adakah DAP sudah mendapat ‘tauliah’ untuk menentukan kehidupan umat Islam?

6. Jika diberi ‘tauliah’, siapa pula yang memberi, adakah Presiden UMNO yang sebelum ini mengatakan DAP tidak pernah menentang program Islam?

7. Jika tiada ‘tauliah’, tindakan Teresa Kok ini sudah melanggar garis merah 3R kerana bertindak mencampuri urusan islam yang berada di bawah Majlis Raja-Raja.

8. Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang akan membuat laporan polis ke atas Teresa Kok.

9. Kenyataan Teresa Kok amat bahaya kerana didapati cuba mengapi-apikan fahaman islamphobia dan memberikan tanggapan negatif terhadap tuntutan islam iaitu pemakanan halal.

10. Kami juga mempersilakan rakan seagama daripada UMNO, Amanah, PKR dan DAP untuk turut sama membuat laporan polis.

Sekian.
Ustaz Yusuf Abdul Hadi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang.