Home Berita PAS Perlis

Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Arau Berlangsung Meriah

1886
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

ARAU : Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Arau telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Balai Islam MADI, Arau, Perlis.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang, Mohd. Shukri Ramli.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan betapa bejatnya kerosakan yang berlaku dalam masyarakat hasil daripada penolakan pemerintah terhadap pelaksanaan undang-undang syariat.

Justeru katanya menjadi kewajipan bagi setiap ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka terhindar daripada gejala-gejala negatif dengan memberikan asuhan serta pendidikan agama kepada mereka.

Adik Muhammad Fariz Bin Reduan, pelajar dari Pasti Al-Furqan, Taman Pauh Indah telah dianugerahkan Tokoh Pelajar PASTI Kawasan Arau serta Pelajar Cemerlang 6 Tahun PASTI Kawasan Arau 2018.

Anugerah Pelajar Cemerlang 5 Tahun PASTI Kawasan Arau pula diberikan kepada adik Sharifah Zahra Qistina Binti Syed Hazrul dari PASTI Al-Khairiah, Kampung Mua.

Kedua-dua penerima Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Kawasan telah menerima hadiah utama berupa basikal sumbangan ADUN Guar Sanji, YB Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah itu telah mengumpulkan para pelajar serta ibu bapa dan penjaga daripada 12 buah PASTI seluruh kawasan Arau.