Home Artikel PAS Terengganu

Hak Asasi Antara Barat dan Islam

127 views
SHARE

Hak Asasi pada kacamata barat tidak sama dengan kacamata Islam. Mereka menekankan persamaan hak sedangkan Islam menekankan keadilan hak. Mereka inginkan persamaan hak lelaki dan perempuan sedang Islam menyatakan ada hak bersama lelaki dan perempuan dan ada pula hak lelaki yang berbeza dengan hak perempuan.

Mereka mahukan persamaan hak untuk agama sedang Islam menegaskan bahawa agama Islam perlu diberikan hak lebih tinggi di negara majoriti muslim manakala hak agama lain untuk diamalkan secara bebas dan aman dengan penuh penghormatan.

Ada banyak kesongsangan dalam menuntut sesuatu yang bukan hak termasuklah antaranya kononnya hak berkahwin sesama lelaki. Itu bukan hak tapi kesongsangan yang ingin dituntut menjadi hak.

Islam menegaskan hak kemanusiaan untuk hidup, bekerja, mendapat keperluan makanan dan pakaian dan mendapat pendidikan. Islam memberikan hak kebebasan bersuara tetapi tidak pula bebas untuk memaki dan mengutuk. Setiap hak ada batasannya.

Dr Khairuddin Takiri