Home Berita PAS Perak

Hadis Pakaian- Meninggalkan Pakaian Mahal Untuk Dapatkan Tawadhu’

1773
SHARE

HADIS PAKAIAN

Meninggalkan Pakaian Mahal Untuk Dapatkan Tawadhu’


Dari Mu’adz bin Anas RA ia berkata,

“Barangsiapa yang meninggalkan pakaian (yang cantik dan mahal) disebabkan tawadhu’ (merendahkan diri) di hadapan Allah, sedangkan dia sebenarnya mampu, nescaya Allah memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segenap makhluk dan ia disuruh memilih jenis pakaian mana saja yang ia kehendaki untuk dipakaikan.”

(HR. Tirmidzi No. 2481 dan Ahmad No. 3: 439)

Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan)

NOTA

-Syeikh Muhammad bin Sholeh Al ‘Utsaimin rahimahullah ketika menerangkan hadits di atas dalam penjelasan kitab Riyadhus Sholihin karya Imam Nawawi, beliau berkata:

-Jika seseorang berada di tengah-tengah orang yang hidupnya sederhana, maka janganlah ia berketerampilan terlalu mewah. Kalau ia mahu mengambil sikap tawadhu’ (rendah diri), maka berpakaianlah seperti pakaian mereka. Biar hati mereka tidak merasa kerdil dan juga bukan tanda sombong. Inilah membuat seseorang mendapatkan pahala yang besar.

-Namun jika seseorang berada di sekitar orang yang berpakaian cantik dan mahal, maka lebih sepatutnya dia memakai pakaian seumpama mereka, kerana Allah itu jamil (cantik atau indah) dan menyukai suatu yang indah. Kerana kalau seseorang berpakaian sederhana di tengah-tengah orang-orang yang berpakaian cantik, maka ia akan kelihatan berbeza dari orang lain.

-Jadi seseorang dalam berpakaian sepatutnya menyesuaikan keadaan sekelilingnya.

Ustaz Haji Mustafa Wahab
PSU 2
Dewan Ulamak PAS Perak
17 Ogos 2017

{jathumbnail off}