Oleh: Ustaz Nik Nasri Nik Malek
CHUKAI, KEMAMAN 22 SEPT 2017 – Hampir 600 orang penggerak PAS Kemaman menyatakan kesediaan hadir ke program Fastaqim 2.0 dalam Ijtimak Amilin PAS Kemaman yang diadakan di Dewan Mujamma’ Shafie, Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman petang ini.
Program tersebut yang dihadiri Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Hj Husin Awang dan pimpinan PAS Kemaman adalah antara program pra Fastaqim 2.0 yang sekaligus menjadi program pencetus semangat untuk bekerja dan bersedia bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.