Home Berita PAS Sabah

Guru PASTI Tawau terima vaksin dos pertama

144
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
3 Jun 2021, Khamis

TAWAU : Seramai 23 orang guru PASTI Kawasan Tawau yang merupakan k kumpulan pertama telah menerima vaksin dos pertama bertempat di Klinik Kesihatan Tawau, Kabota , di sini , pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau merangkap Pengerusi PASTI Kawasan Tawau, Irwan Hamdan menzahirkan rasa bangga kepada guru-guru PASTI kerana bersama membantu kerajaan untuk melawan pandemik ini dengan mengikuti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat daerah Tawau.

Irwan berkata pemberian dos vaksin Covid-19 yang menyasarkan golongan warga pendidik tersebut membuktikan usaha bersungguh-sungguh pihak kerajaan untuk memastikan virus Covid-19 terhapus.

” Marilah kita bekerjasama dalam membantu usaha kerajaan untuk mencapai 80% imuniti kelompok”, katanya ketika dihubungi.

Manakala seorang guru PASTI, Cikgu Maserani Muhammad Kahar berharap agar orang ramai menyahut seruan kerajaan untuk mengambil suntikan vaksin agar anak-anak mereka yang bersekolah khususnya di PASTI dapat kembali bersekolah secara bersemuka seperti biasa.

” Terlalu banyak kelemahan sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terus dijalankan ” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut, Timbalan Pengurus PASTI Kawasan Tawau, Daramansyah Lamasa.

Orang ramai yang masih belum membuat pendaftaran untuk mendapatkan vaksin Covid-19 boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, laman web JKJAV di www.vaksincovid.gov.my atau menghubungi talian Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di 1800-888-828.