Home Artikel PAS Sabah

Guru Murobbi Penyatu Ummah

329
SHARE

Tawau 14 Julai – Guru-guru PASTI berperanan sebagai murobbi penyatu ummah dalam mendidik pelajar serta perlu berusaha memantapkan PASTI dalam segenap segi.

” Para guru mesti sentiasa berusaha memantapkan PASTI-PASTI tempat anda mencurahkan bakti , ini kerana guru yang berperanan sebagai murobbi  dapat menyatukan ummah.

” PASTI Kawasan Tawau juga sentiasa dijadikan rujukan oleh PASTI-PASTI Kawasan lain,” Kata Saudara Akram Dullah , Pengarah PASTI Negeri Sabah semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Guru PASTI (MGP) Zon Tawau di Dewan Sri Gemilang, di sini, semalam.

Seramai 87 orang guru-guru PASTI dari Apas, Balung, Kalabakan, Merotai, Semporna, Kunak dan Lahad Datu hadir dalam majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut , PASTI Nurul Ain Batu 2 telah menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah rm300 kerana berjaya memperolehi Naib Johan Penjualan BioMuntazz Kategori cawangan sempena Hari Guru PASTI Malaysia di Perlis baru ini.

 

ĺ

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi PASTI Zon Tawau Saudara Irwan Hamdan serta Ketua Dewan Muslimat PAS Tawau, Ustazah Madina Ladalle.