Home Berita PAS Wilayah

Guru : Membina Tamadun Manusia Melalui Ilmu

1296
SHARE

Guru : Membina Tamadun Manusia Melalui Ilmu

Ameerah Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Hari Guru buat seluruh pendidik di Malaysia.

Tanpa guru, tiadalah insan yang mengenal ilmu.

Guru pertama di dunia ialah Allah SWT yang mengajar Nabi Adam a.s akan segala nama benda menerusi Surah al-Baqarah dalam ayat 31 yang akhirnya membezakan nilai seorang manusia yang mempunyai akal dan ilmu mengatasi seluruh makhluk ciptaan-Nya.

Tugas seorang guru sangat mulia sehinggakan ianya menjadi bekalan amal yang tidak akan putus buat si guru sampai di Akhirat sekiranya ilmu itu bermanfaat dan diamalkan oleh sang penuntut.

Sayyidina Ali ketika ditanya perbezaan antara ilmu dan harta telah memberi 10 jawapan berbeza. Antaranya ilmu akan menjaga kita sementara harta pula kita yang harus menjaganya.

Biar miskin harta, jangan miskin ilmu dan adab.

Semoga Allah membalas Syurga buat semua pendidik yang tidak pernah lelah membina tamadun manusia melalui ilmu tanpa batasan.

#BerguruDemiIlmu.
#MembinaGenerasi Baharu.

Selamat Hari Guru.

Salam Hormat,
‘Atikah Abd Rahman
Pengarah Ameerah Wilayah Persekutuan