Home Berita PAS Pahang

Guru-guru PASTI Maran terima sumbangan

288
SHARE

OLEH: ROSLI DAHARI

MARAN, 14 Dis. :: PASTI Kawasan Maran semalam telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada guru-guru dan Pengurus PASTI Cawangan kawasan berkenaan.

Majlis berlangsung di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Maran, Kg Embun dekat sini.

Seramai 37 orang guru PASTI dan Pengurus daripada 12 buah PASTI hadir menerima sumbangan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ramli bin Awang Abdul Rahman bersama Yang Berhormat Ustaz Mujibur Rahman Ishak dan wakil Ahli Dewan Negeri Luit Razali bin Ramli.

Ramli dalam ucapannya menghargai peranan mu’allimah, yang telah banyak membantu mengerakkan PASTI di Cawangan. Beliau juga mengharapkan mereka turut membantu jentera parti di Cawangan.

Hadir sama dalam majlis anjuran PASTI Kawasan itu, Ketua Pemuda PAS Kawasan Ustaz Abd Latif Abd Halif, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kawasan Ustazah Najwa Mohd Baqi dan Pengerusi PASTI Kawasan Riduan Zainal Abidin.