Home Berita PAS Pahang

Guru-guru PASTI mantapkan diri lahirkan pelajar soleh dan pintar

40
SHARE


Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 5 Feb – Seramai 125 orang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mengikuti Kursus First Touch bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

“Ia boleh meningkatkan prestasi guru dan memberi impak positif terhadap perkembangan pendidikan kepada pelajar PASTI.

“Teruskan menimba ilmu, kerana terdapat banyak lagi kursus yang perlu diikuti sesuai dengan visi PASTI iaitu untuk melahirkan kanak-kanak yang soleh dan pintar di negara kita melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam,” kata Pengarah PASTI Negeri Pahang Mohd Khairul Nizam Che Mustofai.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan kursus tersebut di salah sebuah hotel di sini kelmarin.

Kursus yang dikendalikan oleh Jabatan PASTI itu telah dihadiri oleh guru-guru dari kawasan zon timur iaitu Rompin, Pekan, Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota.