Home Berita PAS Pahang

Guru dan ibubapa juga adalah frontliners

934
SHARE

IBUBAPA DAN GURU KINI ADALAH FRONTLINERS

Umum semua kita telah maklum bahkan sejak 3 hari lepas kes kes Covid-19 telah mendadak naik menyebabkan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mencadangkan agar sekolah ditutup.

Mencadang sememangnya mudah, namun banyak perkara perlu dinilai.

Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa, tidak perlu menuding jari, semua kita mesti menyokong usaha usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN.

Kebimbangan ibubapa menghantar anak anak ke sekolah juga mulai timbul apabila virus ini kembali menular di kalangan rakyat tempatan yang balik dari Sabah.

Kini risiko pelajar-pelajar disekolah adalah bergantung kepada Ibubapa dan guru guru. Pelajar pelajar hanya berulang-alik dari sekolah dan rumah.

Maka ibubapa mestilah memastikan diri mereka tidak memasuki kawasan-kawasan zon merah atau area yang berisiko. Juga buat guru-guru yang keluar masuk sekolah, kawal pergerakan. Sebolehnya buat masa ini pergerakan hanya berlaku antara sekolah dan rumah.

Mengharapkan pelajar-pelajar dari pra hingga ke menengah untuk mematuhi sepenuhnya SOP penjarakan amat sukar memandangkan mereka sentiasa bersembang dekat. Di sini guru guru pula menjadi frontliner dalam memastikan pelajar-pelajar dapat mematuhi SOP di sekolah.

Virus ini mungkin tidak akan dijangkiti jika guru-guru dan ibubapa tidak membawanya. Jika sudah terjangkit boleh membawa kepada anak-anak dan bila bawa ke sekolah akan pula berjangkit kepada pelajar-pelajar lain jika tidak patuh SOP di sekolah.

Maka ditetapkan di sini bahawa ibubapa dan anak-anak serta pelajar-pelajar adalah frontliners dalam mengekang penularan wabak ini.

Bantu pihak frontliners lain di hospital-hospital. Bukan masa untuk kita mengaut keuntungan politik di masa negara kini berdepan keadaan getir, bantulah… menyokong usaha usaha pihak berkuasa dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

USTAZ ZARIMI SHUBRAWI
NAIB KETUA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG
Ketua Sektor Pendidikan

#PemudaPAS
#IslamMemimpinPerpaduan
#MemimpinNegara