Seorang guru agama memandu kereta mungkin berjam-jam untuk menunaikan hasrat jamaah yang ingin mendengar kuliah beliau. Di kala ahli jamaah masjid telah lena diulit mimpi si guru agama ini masih lagi memandu untuk pulang ke rumahnya di dinihari pagi. Mungkin juga bersambung dengan program ilmu yang lain. Namun, ada yang bermulut longkang terus mempersendakan guru agama disebabkan beberapa kelemahan. Tiada manusia yang sempurna termasuk si guru agama ini. Kelemahannya ditampung bukan untuk dicerca dan dihina. Moga kelebihan yang ada pada dirinya memberi manfaat kepada umat.
Dr Khairuddin at-Takiri
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1722260144459615&id=100000269374994