Home Berita PAS Selangor

Gugusan Semarak dihati – PAS Kawasan Sungai Buloh

109
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BULOH, 11 Ogos – Sebelum bantuan buat penduduk di Gugusan Semarak sampai, pelbagai usaha dan persiapan oleh task force PAS Kawasan Sungai Buloh telah dibuat. PAS Kawasan Sungai Buloh telah merancang beberapa hari lalu untuk mengumpul dana bagi membantu penduduk di Gugusan Semarak.

Usaha-usaha telah dimulakan dengan berhubung badan-badan yang bertanggungjawab dan seterusnya dengan wakil penduduk untuk mengetahui keperluan asas yang diperlukan oleh masyarakat setempat. Setelah mendapat maklumat, pihak Task Force PAS Kawasan mula mengerakkan jentera untuk mengumpul keperluan yang diminta.

Menurut laporan, YDP PAS Kawasan Sungai Buloh Ust Zaharudin Mohamad telah mengetuai rombongan task force PAS kawasan ke Gugusan Semarak bagi menghulurkan bantuan untuk penduduk yang berada dalam perintah PKPD.

Turut hadir bersama menyertai rombongan pada kali ini, termasuk Pemuda PAS Kawasan serta Nazir Masjid Kota Damansara. Sumbangan yang diserahkan mengandungi pelbagai jenis barang keperluan harian khas untuk penduduk disana.

Semoga segala bantuan yang telah diberikan dapat meringankan sedikt beban yang ditanggung mereka dan juga semoga Allah SWT memberi ketabahan dan kesihatan yang baik bagi terus menjalani kehidupan dalam mengharungi musim pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor