Home Berita PAS Selangor

Gombak banjir lagi, depan rumah dah macam sungai mengalir – JAMK Gombak

193
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 29 Ogos – Jabatan Amal Gombak telah turun membantu para penduduk di Pinggiran 5, Sungai Chincin, Gombak yang mengalami banjir disebabkan oleh empangan air yang pecah di pinggir bukit sebelah sana.

Menurut mereka, seramai lebih kurang 10 orang petugas Jabatan Amal Gombak turun membantu rumah yang teruk dimasuki lumpur yang tebal serta mengagih bungkusan roti kepada penduduk disana.

“Setakat ini, tiada lagi jalan penyelesaian bagi memastikan masalah banjir ini tidak berlaku lagi akibat daripada takungan air di atas bukit tersebut”, kata mereka.

Turut hadir bersama, Ketua Penerangan PAS Kawasan Gombak Tuan Azizul, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak Ust Taufik Yusof, dan AJK PAS Kawasan Gombak Ustaz Dr Md Noor Husin membantu membersihkan salah satu rumah disini yang terkesan akibat banjir.

“Semoga penduduk tempatan sabar atas ujian ini, dan diberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi manfaat seluruh penduduk disini”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor