Home Pedoman Haraki

Golongan Tercicir ; Bermudah-Mudah Dan Longgar

712
SHARE

Golongan Tercicir ; Bermudah-mudah dan Longgar

Sifat bermudah-mudah dan longgar juga menyebabkan keciciran dari jalan dakwah.

Orang-orang bersikap mudah dalam mengerjakan peringah Allah dan dalam iltizam dengan hukum-hukum syara’ akan mendapati diri mereka bermudah dalam semua perkara dari yang kecil sehingga ke besar, dari satu masalah sehingga ke semua masalah. Mereka membiarkan syaitan mengiasai diri dan pekerja-pekerja mereka. Memang tepatlah kata penyair :

“janganlah kamu memandang enteng perkara yang kecil. Sesungguhnya gunung itu terbina dari batu-batu halus”

Sesungguhnya syariat Allah adalah tetap, syariat yang mesti diikuti tanpa ditambah dan dikurangkan. Orang yang membuat tambahan kepada syariat samalah sepert orang yang mengurangkanya. Hukum-hukum Allah baik hukum halal ataupun haram mestilah dipatuhi dalam bentuknya dan jangan sekali-kali membuat perubhan dengan tafsiran sendiri ataupun mempermudah-mudahnya.

Orang yang mengetahui sifat Allah hanya ” Maha Pengampundan Penyayang” mesti membetulkan matlamatnya bahawa Allah juga “menghukum dengan siksaan yang sangat pedih”.

Orang yang membinasakan dirinya dengan ‘rukhsah’ kelonggoran tidak akan dapat menanggung atau melakukan ‘azimah’ pada apa jua keadaan. Disinilah berlakunya ujian. Sessorang yang gugur awal-awal lagi iaitu ketika ujian menjalankan ‘azimah’.

Demikianlah dalam seluruh aspek urusan. Dia tidak merasa apa-apa melakukan perkara-perkara yang jika dirujuk kepada pertimbangan syara’ pasti dia akan dapati yang dia telah membuat kesalahan yang nyata dan peyelewengan.

Hadis Nabi :

“Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan-perbuatan dosa menurut pandangan mata kamu lebih halus dari rambut. Di masa Rasulullah saw, kami menggolongkan perbuatan itu termasuk al muubiqoot (dosa besar yang membinasakan)”. (HR Bukhari).

Oleh itu orang yang yang bekerja dalam lapangan Islam, berjalan menurut landasan Islam hendaklah menjauhi sifat-sifat ‘mempermudahkan’ sebab itu merupakan perencanaan syaitan kepada jiwa manusia. Sebaliknya ssmua mestilah melaksanakan ‘azimah’ seberapa daya yang boleh tanpa ekstrim dan tampa meninghalkan (tafrit) malah hendaklah mengikut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Pedusta dan penyeleweng sahaja yang tidak mengikut sunnah dan memang benarlah sabda Nabi Muhammad SAW:

“sesiapa yang tidak suka sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku”

-Petikan buku: Golongan Tercicir Di Jalan Dakwah

21 Ogos 2017
Mohamad Farouk Hamzah

{jathumbnail off}