Home Berita PAS Selangor

Gesaan Rakyat Selangor Sahut Seruan DG Hisham – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

239
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "Saya merayu kepada rakyat Malaysia membantu KKM melaksanakan amalan self lockdown untuk tempoh dua minggu bagi memutuskan rantaian COVID-19. Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Harakahdaily @harakahdailyHD Harakah TV"

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merayu kepada rakyat agar mengambil inisiatif membantu KKM dengan melaksanakan amalan “self lockdown” untuk tempoh dua minggu berikutan kes yang terlalu tinggi.

Virus COVID-19 ini jika rakyat tidak mengambil endah dengan melanggar SOP, tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial boleh membuatkan kes meningkat diluar jangkaan. Perkara ini perlu diambil serius berikutan amaran dan peringatan yang telah diberikan oleh bekas pesakit atau yang terselamat daripada serangan COVID-19 mengenai tahap kesakitan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Oleh itu, ayuh lah kita sebagai rakyat Malaysia khususnya di Negeri Selangor bersatu membantu barisan hadapan negara menangani pandemik COVID-19. Jom ‘self lockdown’, dan marilah sama-sama kita doakan agar seluruh pasukan KKM, PDRM, ATM dan semua yang terlibat diberikan kekuatan dan kesabaran membawa amanah negara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor