Home Berita PAS Pahang

Gerak aset udara serta merta – kebakaran hutan gambut

24
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

KUANTAN, 9 Apr – Kerajaan digesa untuk menggunakan aset udara bagi menyelesaikan masalah kebakaran hutan belukar yang berlaku di Pekan dan Kuantan sejak tiga hari yang lepas.

Ketua Penerangan Pas Pahang Ustaz Aire Roslan dalam laman sosialnya semalam berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  (APMM) memiliki pesawat Bombardier CL 415 dan helikopter Agusta AW189 di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tambahnya, kedua-dua aset udara tersebut adalah khusus untuk memadamkan kebakaran dari udara.

“Justeru saya menyeru tindakan segera diambil serta merta dengan mengerahkan aset-aset udara dari dua unit tersebut malahan jika perlu dapatkan bantuan daripada No 10 Skuadron helikopter EC 725 di Pangkalan Udara Kuantan.

“Kenapa Pengerusi Jawatan Kuasa Bencana Negeri dan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Bomba dan APMM, tidak menggerakkan aset-aset tersebut sedangkan keadaan semakin teruk khususnya di Indera Sempurna yang telah mendapat aduan dan rayuan dari orang awam agar tindakan segera diambil oleh kerajaan sebelum Syawal,” tambahnya lagi.