Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang
Oleh : Harii@Khana
Ketua Penerangan DHPP Negeri Selangor
PANDAN, 31 Oktober – PAS Kawasan Pandan bersama DHPP Kawasan Pandan telah mengedarkan sumbangan kit bantuan Deepavali kepada masyarakat yang memerlukan dan program tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara semua kaum.
Sebanyak 20 buah keluarga masyarakat India yang telah menerima kit bantuan tersebut dan sumbangan tersebut diserahkan oleh YDP PAS Kawasan Pandan, Ust. Ismat Nazirin bersama En. G.Sandra, Ketua DHPP Ampang.
Para penerima sumbangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Kawasan Pandan serta DHPP Pandan kerana memberi sumbangan dan juga mendengar masalah-masalah mereka.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor