Home Berita PAS Selangor

GENGGAM peringkat Ampang: edar sumbangan kit bantuan Deepavali – KPen DHPP Selangor

26
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Harii@Khana
Ketua Penerangan DHPP Negeri Selangor

AMPANG, 31 Oktober – PAS Kawasan Ampang bersama DHPP Kawasan Ampang telah mengedarkan kit sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan dengan menziarahi mereka secara fizikal. Ziarah tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara semua kaum.

Sebanyak 30 buah keluarga masyarakat India yang menerima kit batuan deepavali dan sumbangan tersebut diserahkan oleh YDP PAS Kawasan Ampang, Tn. Hj. Khassim diiringi Sdr Sathya Seelan, Ketua DHPP Kawasan Ampang.

PAS Ampang juga mengambil berat masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat dan akan mengusahakan selesaikan masalah mereka mengikut SOP dan akan berbincang dengan pihak yang bertanggugjawab untuk menyelesaikan masalah mereka.

Penerima sumbangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Kawasan Ampang dan DHPP Ampang kerana memberi sumbangan dan juga meluangkan masa mendengar masalah-masalah mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor