Home Berita PAS Terengganu

Generasi muda pertahan tradisi wau bulan

74
SHARE

KUALA TERENGGANU – Tradisi permainan Wau Bulan terus dipelihara oleh golongan muda di Kampung Sungai Derhaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor memuji penganjuran Pertandingan Wau Bulan Naik Tertutup Kg. Sungai Derhaka 2023 yang beliau sifatkan sebagai satu usaha kreatif masyarakat tempatan dalam memelihara seni warisan bangsa.

Zuraida turut bersama-sama memberikan sokongan dalam pertandingan tersebut.

“Pertandingan sebegini selain dapat menyambung ukhuwah sesama komuniti, dapat juga kita mengekalkan warisan kita,” ujarnya.

Sementara itu pengarahnya, Mohd Idrus Jusoh berkata pertandingan tersebut telah diadakan di Padang Perumahan Taman Residensi Bayas dan menerima sambutan yang agak menggalakkan daripada penduduk setempat.

Salah seorang peserta bersama wau bulannya.

“Kami menerima sebanyak 64 penyertaan dengan kehadiran pengunjung seramai 300 orang.

“Apa yang kami harapkan ialah program sebegini dapat diadakan setiap tahun dengan sokongan daripada ADUN dan masyarakat setempat,” ulasnya.

Antara aksi peserta pertandingan.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN Ladang atas kesudian meluangkan masa untuk turut bersama-sama dalam pertandingan tersebut.