Home Berita PAS Perak

Gempur Ayer Kuning! Perikatan Nasional Lancar Jentera PRK dengan Semangat Perjuangan

161
SHARE

TAPAH, 14 Mac 2025 – PAS Perak menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera yang hadir, menegaskan bahawa perpaduan dan semangat kerja berpasukan akan menjadi kunci utama dalam memastikan kemenangan PN di Ayer Kuning.

“Ini adalah perjuangan untuk rakyat. Dengan kekuatan jentera yang tersusun, kita yakin PN mampu memberikan saingan sengit dan seterusnya meraih kemenangan dalam PRK ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Perak, YB Khalil Yahaya.

Majlis ini turut menyaksikan penyatuan tenaga daripada pelbagai peringkat kepimpinan dan jentera parti, sekali gus mencerminkan kesungguhan PN dalam membawa agenda perubahan yang PRIHATIN, BERSIH dan STABIL kepada rakyat Perak, khususnya di Ayer Kuning.

PRK N.48 Ayer Kuning dijangka menjadi medan penting bagi PN dalam memperkukuh kedudukan di Perak, dengan harapan bahawa gelombang sokongan rakyat akan terus berpihak kepada gabungan ini.

#AyerKuningBolehMenang
#PerikatanNasional
#PNBest
#BersihStabil