Kira-kira 1,600 orang maut apabila gempa kedua dengan kekuatan 7,5 magnitud menggoncang daerah Elbistan di Provinsi Kahramanmaras, terletak sekitar 128km di utara Gaziantep, Turki.
Gaziantep, adalah pusat gempa pertama di sebelah paginya manakala gegaran kedua terjadi pada pukul 13.24 waktu setempat.
Pejabat Otoriti Pengurusan Bencana dan Darurat Turki menyatakan gempa ini “bukanlah gempa susulan” dan “berbeda” dengan gempa pagi tadi.
Gegaran daripada gempa bumi kuat 7.8 magnitud di Turki dirasai sejauh Greenland, kata Kajian Geologi Denmark dan Greenland.
“Gempa bumi besar di Turki jelas didaftarkan pada seismograf di Denmark dan Greenland,” kata pakar seismologi Tine Larsen kepada agensi berita AFP.
“Ombak daripada gempa bumi mencapai seismograf di pulau Bornholm di Denmark kira-kira lima minit selepas gegaran bermula,” kata Larsen mengenai gempa itu, yang melanda pada 04:17 pagi (01:17 GMT).
“Lapan minit selepas gempa bumi, gegaran itu sampai ke pantai timur Greenland, merebak lebih jauh ke seluruh Greenland,” tambahnya.