Home Berita PAS Wilayah

Gelombang Gempur PAS WP: Karambunai Jadi Medan Akhir Perjuangan

5
SHARE

Oleh :- Muhammad Abdul Fateh

Karambunai, 28 November:- Gerak kerja kempen Perikatan Nasional (PN) semakin memuncak menjelang hari pembuangan undi apabila jentera PAS Wilayah Persekutuan terus kekal berkampung di Karambunai bagi menyantuni para pengundi pada saat-saat akhir kempen.

Sejak awal tempoh berkempen, jentera PAS WP yang terdiri daripada puluhan sukarelawan telah menggerakkan pelbagai aktiviti ziarah, kunjungan rumah ke rumah, edaran risalah serta libat urus bersama komuniti setempat bagi memastikan mesej PN sampai terus kepada pengundi.

Walaupun tinggal hanya beberapa jam menjelang tamat tempoh kempen, semangat jentera PAS WP dilihat tidak surut. Mereka terus turun ke lapangan bagi membantu mengukuhkan sokongan kepada calon PN Karambunai, Datuk Dr. Ali Akbar, yang dilihat semakin mendapat perhatian dan penerimaan positif daripada masyarakat setempat.

Menurut wakil jentera PAS WP, pengundi Karambunai menunjukkan sambutan yang memberangsangkan terhadap mesej perubahan yang dibawa oleh PN, khususnya berkaitan keutuhan integriti, kecekapan pentadbiran serta keutamaan membela kebajikan rakyat.

“Kami komited membantu hingga ke saat terakhir. Tugas kami ialah memastikan pengundi mendapat maklumat yang tepat dan memahami hala tuju PN untuk membina Sabah yang lebih baik,” ujar salah seorang penyelaras jentera.

Jentera PAS WP turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk Karambunai atas layanan baik dan keterbukaan mereka sepanjang kempen dijalankan, serta menyeru semua pengundi agar keluar menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi.

Dengan momentum yang semakin meningkat, PAS WP optimis bahawa gelombang sokongan kepada PN di Karambunai akan diterjemahkan melalui undi pada hari penentuan kelak.