Home Berita PAS Perlis

Gelombang Akifi Perlis secara maya

21
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 22 Jun: Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) akan menganjurkan Gelombang Akifi Peringkat Negeri Perlis secara maya pada 24 Jun nanti.

Menurut pengarahnya, Ustazah Rosmawar Amin, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh dijadualkan akan mengetuai program berkenaan kerana ia merupakan program yang diatur untuk dilaksanakan oleh negeri-negeri mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“DMPNPs menjemput semua muslimat di negeri ini untuk bersama-sama dalam program munajat ini yang boleh diikuti menerusi platform Google Meet.

“Mudah-mudahan dengan amalan yang sedikit ini, Allah kurniakan kepada kita jiwa yang bersih, ketenangan minda serta pertolongan-Nya dalam memikul beban perjuangan menegakkan agama Islam di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Menurutnya lagi, acara akan bermula dengan para peserta menunaikan Solat Maghrib, diikuti dengan Solat Sunat Hajat dan Solat Isyak di kediaman masing-masing.

Ini diikuti program acara secara atas talian iaitu bacaan Yaasin, Zikir Munajat Akifi serta slot ucapan daripada wakil daripada DMPNPs dan taujihat daripada Ustazah Nuridah.

Mereka yang ingin turut serta dalam program ini, bolehlah menghubungi wakil DMPNPs di talian 011-11244801 (Izzati).