Home Berita PAS Pulau Pinang

Gelombang ‘AKIFI 8.0  Pulau Pinang Perkuat Peribadi Muslimat PAS Negeri

1128
SHARE


Oleh: Farhanah Fadhil
Permatang Pauh | 30 Nov 2017 | Khamis

Gelombang ‘AKIFI adalah merupakan program jelajah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) turun ke negeri-negeri seluruh Malaysia mengikut giliran bulanan. Program ini bermatlamatkan untuk melahirkan muslimat PAS yang ‘Alim, faham Haraki dan bersifat Sufi (‘AKIFI). 

Pada hari ini, Gelombang ‘AKIFI 8.0 peringkat negeri Pulau Pinang diteruskan lagi bertempat di Dewan Orang Ramai, Blok Permata, Bandar Perda, Permatang Pauh. 

Seawal jam 6.00 petang , peserta mula hadir untuk bersedia acara iftar bersama pimpinan muslimat PAS pusat dan negeri. Progam pada hari ini berjaya mengumpulkan muslimat PAS dari seluruh kawasan negeri Pulau Pinang. 

Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua DMPM telah menyampaikan taujihad setelah selesai Solat Isyak berjemaah. 

Pada kali ini, Ustazah Nuridah memberi penekanan tentang konsep Pemimpin dan Pemerintah.

Dinyatakan bahawa golongan yang dinaungi di bawah arasy Allah adalah pemimpin yang adil, yang perlu memastikan titah perintah Allah swt terlebih dahulu diikuti dan ditaati.  

Sebagai jentera parti, Ustazah Nuridah berpesan supaya banyakkan ibadah, dan  pastikan solat kita berkualiti agar mendapat tempat di sisi Allah swt. 

Kita juga perlu mengutamakan perkara yang penting mengikuti keutamaan yang tertentu. Kita juga perlu meminta kekuatan dari Allah dan tidak kurang penting, taat pada arahan pimpinan. 

Seperti kenyataan pimpinan PAS pusat sebelum ini, Ustazah mengulangi bahawa PAS  perlu menang 40 kerusi pada kali ini, walaupun sebelum ini PAS bertanding dan memenangi kurang dari bilangan itu. 

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” Surah Muhammad : Ayat 7

Dengan itu, kita jangan beri banyak alasan,  kelak Allah akan beri lagi banyak alasan pada kita di padang mahsyar.

Program ini dilihat sebagai penguat semangat jentera muslimat PAS negeri kerana pimpinan muslimat PAS pusat turun sendiri untuk bermunajat beramah mesra dan menyampaikan taujihad mengikut perkembangan politik semasa. Komunikasi dua hala dapat dilihat di sini sekaligus sebarang kemusykilan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. 

Program berakhir pada  jam 10.30 malam dengan peserta bersalam-salaman sambil berselawat bersama pimpinan muslimat PAS pusat dan negeri.

Turut hadir dalam program ini Dr Najihatussalehah Ahmad, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DMPM dan Dr Ustazah Wahibah Tahir,

Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DMPM.