Firman Allah SWT:
﴿… وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْۚ وَمَن يَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتۡ وَهُوَ كَافِرٞ فَأُوْلَـٰٓئِكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۖ وَأُوْلَـٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢١٧﴾
“…Mereka tidak henti-henti (sentiasa) memerangi kamu sampai mereka (dapat) memurtadkan kamu daripada agama kamu (Islam kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (Islam), lalu dia mati dalam kekufuran, maka mereka itulah golongan yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).” [Surah al-Baqarah: 217]
Perlu difahami bahawa Islam mengikut bahasa al-Quran berasal daripada perkataan al-din yang tidak sama maksudnya dengan makna agama dalam bahasa yang lain.
Allah menegaskan bahawa Islam dengan makna al-din inilah yang dianut oleh para rasul dan menolak kefahaman selain daripadanya. Firman Allah SWT:
﴿أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣ قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٨٤ وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٨٥﴾
“Maka, apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah (Islam sebagai al-din), padahal kepada-Nya sahajalah menyerahkan diri (menganut Islam) segala apa yang ada di langit dan di bumi, sama ada secara sukarela mahupun terpaksa (fitrah) dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan. (83) Katakanlah, ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma‘il, Ishaq, Ya‘qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan hanya kepada-Nya sahajalah kami menyerahkan diri (Islam)’. (84) Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam (al-din), maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. (85)” [Surah Ali ‘Imran: 83-85]
Allah menegaskan bahawa kumpulan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) tersesat daripada hidayah (petunjuk) Allah dan berlaku zalim kerana meminda agamanya. Firman Allah SWT:
﴿كَيۡفَ يَهۡدِي ٱللَّهُ قَوۡمٗا كَفَرُواْ بَعۡدَ إِيمَٰنِهِمۡ وَشَهِدُوٓاْ أَنَّ ٱلرَّسُولَ حَقّٞ وَجَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٨٦﴾
“Bagaimana Allah akan menunjuki suatu kaum yang kafir (ingkar) sesudah mereka beriman (Islam), dan juga sesudah mereka mengakui bahawa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan telah datang pula keterangan-keterangan (yang jelas) kepada mereka. Allah tidak akan menunjuki orang-orang yang zalim.” [Surah Ali ‘Imran: 86]
Kezalimannya melampau apabila bermusuh, sehingga memerangi Islam dan penganutnya dan memaksa umat Islam menjadi murtad sebagaimana mereka dengan bertindak meminda agama Allah yang sempurna. Allah SWT berfirman memberikan amaran:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تُطِيعُواْ فَرِيقٗا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ يَرُدُّوكُم بَعۡدَ إِيمَٰنِكُمۡ كَٰفِرِينَ ١٠٠ وَكَيۡفَ تَكۡفُرُونَ وَأَنتُمۡ تُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتُ ٱللَّهِ وَفِيكُمۡ رَسُولُهُۥۗ وَمَن يَعۡتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدۡ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ ١٠١﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian daripada orang-orang yang diberikan al-Kitab, nescaya mereka akan memurtadkan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman. (100) Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah telah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu? Sesiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah (Islam), maka sesungguhnya dia telah diberikan petunjuk ke jalan yang lurus. (101)” [Surah Ali ‘Imran: 100-101]
Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang memimpin dunia secara adil dan bertamadun dalam wilayah yang sangat luas mengikut janji Allah selama beberapa abad lamanya. Firman Allah SWT:
﴿وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيْـًٔا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥﴾
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan-Ku. Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” [Surah al-Nur: 55]
Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA yang memerintah pada zaman bermulanya kemuncak kemenangan Islam, pernah memberikan amaran ketika beliau dan umat Islam ketika itu berjaya membebaskan Bait al-Maqdis:
نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللَّهُ بِالْإِسْلَامِ، فَمَهْمَا نَبْتَغِي الْعِزَّ بِغَيْرِ مَا أَعَزَّنَا اللَّهُ أَذَلَّنَا اللَّهُ.
“Kita adalah umat yang diperkasakan oleh Allah bersama Islam. Maka, apa sahaja kepercayaan selain daripada kemuliaan Allah, nescaya kita akan ditimpa dengan kehinaan.”
Ketika kemuncak kejayaannya, Islam telah berjaya memimpin masyarakat majmuk berbagai-bagai bangsa yang menganut Islam, sekalipun wujudnya banyak mazhab dalam masalah furuk pada zaman sahabat dan tabiin sebelum adanya pelbagai mazhab pada hari ini. Hal ini demikian kerana, perbezaan tempat yang jauh dan masyarakat yang berbeza-beza, namun masing-masing mempunyai persamaan dalam perkara rukun dan dasar kerana para sahabat yang berhijrah membawa Islam bersama ilmunya, sehingga adanya mazhab-mazhab yang pelbagai pada hari ini.
Walaubagaimanapun, mereka tidak berpecah belah kerana menghadap kiblat yang satu dan bersama kitab al-Quran serta Sunnah. Pada masa yang sama, tetap beradab dalam berkhilaf dan masing-masing merupakan Ahli Kiblat yang satu. Malah, dapat dibezakan istilah yang sudah ada dalam al-Quran mengikut batas-batas iman, Islam, kufur aqidah dan kufur ni‘mat, takfir, syirik, murtad, bukan Islam, bughah dan lain-lain.
Termasuk dalam menghadapi berbagai-bagai agama bukan Islam kerana konsep Islam yang adil kepada semua. Seterusnya, dibahagikan pula kalangan bukan Islam itu kepada kelompok yang berdamai dan kelompok yang bermusuh. Firman Allah SWT:
﴿۞وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٤٦﴾
“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim antara mereka, dan katakanlah, ‘Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan (kitab) yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan hanya kepada-Nya kami berserah diri (Islam)’.” [Surah al-‘Ankabut: 46]
Hari ini masih kekal mazhab-mazhab yang dinamakan Ahli Kiblat daripada kalangan Sunni, Syiah, dan Ibadi yang tidak meninggalkan hukum syariat yang nyata hanya kerana perbezaan dalam perkara furuk yang masih disebutkan dalam kitab-kitab semua mazhab secara perbandingan antara satu sama lain.
Kini, wajib ditolak kalangan mereka yang memasukkan istilah baharu kepada Islam yang tiada kaitan dengan petunjuk Allah dan Rasul-Nya seperti Islam Liberal, Islam Sekular, Islam Ortodoks, Islam Progresif dan lain-lain yang menjadikannya sesat meninggalkan hukum syariat yang nyata. Hal ini disebabkan mengikuti agenda penjajah yang merosakkan Islam dari dalamnya sebagaimana yang telah berlaku terhadap agama Yahudi dan Kristian yang dikafirkan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
﴿لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسۡرَآءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ٧٨ كَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرٖ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ ٧٩﴾
“Orang-orang kafir daripada kalangan Bani Isra’il telah dilaknat melalui lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (78) Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya, amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu. (79)” [Surah al-Ma’idah: 78-79]
Dalam pada itu, diketahui dengan nyata adanya agenda yang cuba memesongkan umat Islam daripada konsep al-din yang telah dinyatakan oleh Allah dan diberikan amaran melalui firman-Nya:
﴿وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ ٤٨ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ٥٠﴾
“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang telah diturunkan sebelumnya) dan untuk memelihara dan mengawasi kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara terhadap mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah jua kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (48) Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (49) Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (50)” [Surah al-Ma’idah: 48-50]
Banyak pendedahan telah dibuat hasil daripada kenyataan para orientalis dan pemimpin penjajah yang merancang kemerdekaan sesebuah negara, apabila ia terpaksa diberikan supaya dapat dihalang secara habis-habisan sebarang usaha penubuhan semula negara Islam berkonsepkan al-din daripada semua mazhab Ahli Kiblat sama ada Sunni, Syiah atau Ibadi. Setiap mazhab mempunyai rujukan dan ijtihadnya.
Perkara ini dilakukan oleh penjajah, sekiranya tidak dihalang maka ia akan mengembalikan semula kedaulatan Islam sepenuhnya. Situasi sedemikian sekali gus akan menjadi cabaran kepada semua pihak.
Ternyata apabila dibuktikan melalui kenyataan yang pernah disebutkan oleh Lord Cromer, William Ewart Gladstone, Christiaan Snouck Hurgronje dan lain-lain individu yang menentang Islam berkonsepkan al-din. Firman Allah SWT:
﴿… ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ … ٣﴾
“…Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu ni‘mat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu…” [Surah al-Ma’idah: 3]
Maka, semua kemenangan parti Islam yang berjaya menegakkan al-din telah dibatalkan, walaupun ia dicapai secara demokrasi yang sah sebagaimana laungan palsu yang menjadi pujaan Barat. Mereka boleh menerima apa sahaja ideologi, sama ada kanan yang liberal atau kiri paling ekstrem, tetap tidak sekali-kali menerima Islam.
Namun, Allah tetap berjanji dalam al-Quran adanya kumpulan Islam yang tulen. Antaranya, firman Allah SWT:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٥٤ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٰكِعُونَ ٥٥ وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ ٥٦﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (54) Sesungguhnya, penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (55) Dan sesiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (56)” [Surah al-Ma’idah: 54-56]
Mereka menolak kemenangan Islam di Indonesia pada tahun 1955 yang berjaya diperoleh oleh kumpulan Islam Parti Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi), kumpulan Islam di Bosnia dan lain-lain, lalu kumpulan-kumpulan itu digulingkan dan diharamkan. Selain itu, turut dinafikan kemenangan Islam melalui Revolusi Islam Iran yang berlaku pada tahun 1979 dan kumpulan Taliban di Afghanistan daripada kalangan Sunni.
Kini, Hamas daripada kalangan mazhab Sunni di Palestin yang menumpukan kuasanya di Gaza yang kecil dengan sokongan kumpulan Tanzim Jihad daripada kalangan Sunni, kalangan Syiah Republik Islam Iran, kumpulan Hizbullah dari Lubnan, Ansarullah dari Yaman, kumpulan Islam Iraq dan lain-lain.
Tiba-tiba seluruh kuasa besar Barat yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Eropah dan semua negara di bawah pengaruhnya datang mengganyang Gaza dan Palestin, bahkan memaksa dunia supaya menerima negara sekular untuk Palestin dan Yahudi. Perkara itu bukanlah ditolak oleh rakyat Palestin secara demokrasi liberal, tetapi semata-mata kerana ingin menegakkan Islam berkonsepkan al-din dan berprinsipkan aqidah Islamiah. Justeru, ia ditentang dengan segala tenaga dari sudut politik, ekonomi, media dan ketenteraan.
Al-Quran menunjukkan mukjizat ilmu Allah SWT yang berfirman:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا ٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ ١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat kuat. (11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya’. (12)” [Surah al-Ahzab: 9-12]
Apa yang berlaku hari ini, sebenarnya mengulangi semula peristiwa Ahzab yang telah mengumpulkan seluruh musuh bagi menghancurkan Islam dan negaranya. Namun, Allah menjanjikan bahawa akan tetap ada kumpulan Islam yang mempertahankan Islam dengan gagah dan berani. Firman Allah SWT:
﴿لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١ وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا ٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٢٤﴾
“Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut (dan mengingati) Allah. (21) Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita’. Dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. (22) Antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur syahid. Dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah (janjinya) sedikit pun. (23) Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyeksa orang munafiq jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah al-Ahzab: 21-23]
Kini, kita sedang menyaksikan mukjizat al-Quran apabila tanda-tanda berulangnya kekalahan tentera Ahzab yang besar berkali ganda itu dengan pertolongan Allah. Kita dapat melihat semua mazhab Ahli Kiblat daripada kalangan Sunni, Syiah, dan Ibadi bersama-sama berjihad di Palestin. Ternyata pula mereka yang sangat lemah imannya dan nyata munafiqnya pula kini bersama bala tentera Ahzab.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Syawwal 1445 / 15 April 2024
[Bil: 20 / 2024]